Monday, September 12, 2011

10 wasiat Imam Hassan Al Banna


10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.




p/s :ilmu dunia perlu dituntut tanpa melupakan ilmu akhirat. :)






                                              RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ^,^

Thursday, September 8, 2011

BUKAN ISU YG MEMBOSANKAN!..>>APA ITU LYNAS?????

Lynas aadalah satu isu hangat yg sedang di bahaskan sekarang...actually aku tgk berita mngenai isu LYNAS ni...but honestly aku kosong gler..n xtau aper dier?...so aku sgt2 teruja nk tau ape bnde  lynas ni sebenarnyer.??at last aku dapat tau yg isu ni sgt2 berkait rapat dengan our enviroment n isu ini di ketengahkan sebab ramai org mula takut ttg bad impact yg akan berlaku melalui projek ni..so aku pown buat sedikit research pasal isu ni...bcoz of i do concern about our enviroment ok!
^,^..ini xda kene mngena dengan sya student environment..ini adalah isu antara hidup dan mati..berkait dengan semua org..

ni aper yg aku baca melalui http://earnword.com/2011/05/27/kisah-kilang-lynas-yang-hot-dan-spicy/




Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.
Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.
Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.
Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.
Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.
TETAPI, Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kayadengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini(hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan? sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.




p/s: saya still lagi tgh researh n cari info pasal isu ni..so kalu ader pape maklumat lagi sy post nnty :)..

CUKAI!!!owh tidak :(

salam...pg td lepas bgun tido terus aku cari hanset aku...cessss.dah jatuh bawah katil upenyer...!bukak hp tgk msg terus..dapat satu mesej "GEMBIRA" dari CELCOM (amik lah kan siap bold lagi)...tujuan2??nk tunjuk betapa excited nyer aku dpat msg cenggitu kan...msg dapat kredit lebih??dah tentu bukan!!aiyooo =,=.ni msg dier

"RM 0. plggn dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload &pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan"

sekian terima kasih.

nk info lebih bace kat SINI http://malay.uptomu.net/2011/09/gempar-top-up-handphone-kena-bayar.html


=,=.=,=...sebelum ni aku ader gak terdengar kabo pasal ni...tp aku ingt rumors jer...tbe2 dpat msg 2..mmg dah confirm lah kan?..ergghh...np nk kne wat mcm 2??xcukup duit lagi ker..tolak 2 tolak ni...tggl bp sen jer kalu mcm 2..yer x?pada pendapat aku, ianya agak membebankan jugak, lagi2 golongan student mcm aku yg mmg save credit ni kan..topup RM 3 kne rmbh lagi 60 sen..or ader kedai akan charge korg RM 4 terus..=,=..lagi kecian budak2 sekolah yg pki hp skrg..xpasal2 jer kne tolak..relevan ker ap yg dorg wat ni?hurmm..mmg lah dorg tau even wat mcm ni pown org still guna lagi...yelah sebab telefon ni satu keperluan kan..wajip ader!..pada aku xnpk relevan nyer lagi dier wat mcm ni..sape2 blh bg tau sy aper bnefit nyer kat kiter?????owh tidak!!




   

Tuesday, September 6, 2011

Fuhh..leganya terasa~~

salam..entry kat atas kaitannya is...ape yg aku rase hari ni!..lately semua org kat luar 2 mengeluh panas, panas and panas..global warming kan sekarang..dgn jerebu nyer..ni semua berlaku akibat kita xsyg kan bumi kita (ouch!)..xsemua..segelintir jer..

                           so hari ni,aku decide untuk bertapa di rumah dan berehat..even duduk dalam rumah pown dah mcm sauna dah..berpeluh2..!..mmg terbako lah lemak yg dah mmg serba sedikit ni..(T_T)..hari ni aku mcm mls jer nk minum air vitamin C 2..so aku pown bukak lah peti ais n jumpe..heheh..buah OREN!.bgus nyer..blh lah buat fresh oren kan..owh.smbil buat sambil terbyg kelegaan yg aku akan rase bila jus oren 2 ,mngalir ke tekak aku nanty..fuuhhh..pasti nyaman! :p

hehe..hasil jus oren buat sendiri.. ^,^

frsh orange ni mmg sedap..lagi2 tengah panas ni..minum lak sejuk2...hurmmm..mmg nyaman sungguh...smbil2 minum aku pown mngadap lah laptop..cari lah aper kebaikan jus oren kepada kita nie..kawan-kawan kta ni wajib amik tau ttg aper benefit and harmful untuk setiap mnde yg kita mkn k..terlebih mcm ne, kalu xcukup mcm ner plak..bla...bla..bla..hee..tkt terconsume lebih nnty jd len pulak kan...

INFO : 

,badan kita perlukan 30-100 mg vitamin C setiap hari. sebiji buah oren ada 70 mg vitamin C.sudah mencukupi kan hanya dengan sebiji oren untuk dapatkan vitamin C.
Tapi,kalau korang jenis yang malas nak nak makan oren yang segar,boleh minum jus oren dalam 225ml .sama je kandungan vitamin C dengan oren segar.



KELEBIHAN JUS OREN

1)sumber vitamin C
2)tingkatkan immune badan (daya tahan)

3)halang penyakit influenza
4)mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser

5)mencegah kenaikan LDL(lemak jahat) -punca utama sakit jantung.
6)sesuai untuk yang ingin kurangkan berat badan =)

7)memperlambatkan proses pengosongan perut.

8)meningkatkan kadar folat (menurunkan kadar homosystein yang jadi racun kepada pembuluh darah)

9)pembentukan kolagen dalam badan

10) mencantikkan kulit dan awet muda.


hah!bnyk kan benefit yang kite dapat hanya dr sebiji buah oren?..hurm tp jgn lah korg minum smpi sehari 3 4 kali pulak..sebab terlebih vitamin c pown xbek untuk badan,,,korg search lah sendiri yer,,ape keburukan terlebih vitamin c :)

korg blh juga try jus2 ni ^,^


salam sayang, JUE LEMON

Monday, September 5, 2011

rapi kan diri dirimu.sebelum kamu dirapi kan :)

tadaaa!!aper rapi2 ni...rapi kan rambut?rapi kan tudung?perapi???rapiah buang???aper ni...haaa..berapi x?..heeheh..actually nk cite pasal...magazine RAPI nie ha...aish..2 pown nk kecoh..heeee

Majalah rapi sihat dan cantik

this is the most interesting magazine i ever found!..hurm..my mother lah yg saran kan aku bce majalah nie sebenarnye..so aku pown try lah bce since aku keje part timer kat kedai buku kan..so what i've found out that..yes!its very interesting..ap yg menarik nyer??..hurmm majalah ni penuh dengan infomasi kesihatan luar dan dalam..di zaman serba canggih ni plus makin bertambah environmental pollution so bnyk lah pencegahan kite kene buat untuk memastikan diri kita kekal sihat dan aktif :)..ok lah for those yg ckp.urm xnk lah beli sebab kadang2 isu2 yang dibincang kan dalam majalah 2 xda kene mngena ngan kite..i admit that.but xsalah kan kalu kite ambil tau..at least kite ade basic knowledge pasal some kind of diseases..xda lah org ckp kite melopong..apekah e2?nnty org kate kite ckp like a frong under the shell kan..hee.all the info are good for us n blh lah di share kan dengan org laen.dr kite beli majalah merepek2 kan.. :)


ISU MENARIK YG SELALU DI PUBLISH:.



  • isu berkenaan berat badan 
  • isu penjagaan kecantikan wanita..kdg2 ader jugak lelaki
  • isu kesihatan berkenaan wanita
  • dan sebagainya




Sunday, September 4, 2011

Checklist untuk org2 tua~~

salam...tajuk entry yg agak kontroversi bukan...mnyentuh sensitiviti kaum2 yg dah berusia..mau nenek2 atuk2 kat luar sane lempar gigi pelsu dorg kat i kan...eeee...no no no no...bakteria 2!!heee...


                            actually setelah berkurun lame nyer br lah terasa sedar diri yang aku ni memerlukan sgt checklist ni ble nk wat sesuatu...sebab aku ni sgt2 pelupa mcm org tua mak aku kata..selalu tggl brg, xingt letak mne lah..(T_T..muda lagi dah cepat lupa)..xperlah MELAYU KAN MUDAH LUPA..heheeh...alasan!..

so aku mula terfikir nk senaraikan segala brg yg aku nk kne bawak..memandangkan cuti sem aku selama 4 bulan ni dah nk expired..woooo...malas nyer rase nk g kelas...otak yg karat nk kne grisss balik...kaki dah keras ni nk kne lentur kan alik..huh...so, dengan wujud nyer checklist nie..seng nk wat keje...seng nk cari ape yg xda...so xda lah last2 minit tersemput2 nk cari brg e2 ini yang ilang..nnty ader yg meroyn cr brg xjumpe2...hee :)


Saturday, September 3, 2011

selamat dtg org baru :D




salam 1 malaysia..finally i had my own blog!..gesh..bnyi mcm ala2 ketinggalan zaman g2 kan...haha..actually..aku dah lame sgt2 nk wat blog n prnh ader blog..tp disebabkan mase mcm ala2 cukup xcukup g2..aku mls nk publish kat kawan2 pasal blog aku yg comot mcm kucing br pas kne simbah acid (eee..tragis nyer!)..heee..now blog aku dah ok ckit lah compared from b4 kan..sekarang ala2..mke siput sdut br lpas liposuction g2..i like~~ ;p

at last i got my time to build my own header yg xbrape nk cntik 2..but at least npk lah effort aku wat sendiri kan..owh terharu nyer!..isk3..heee
so kawan2 blog sekalian maaf jika sekiranya ade tercacat cela kat blog sy ni..al maklumlah..budak bru belajar kan..

ape2 pown juz tegur lah mne2 yg xok..n mne2 yg cntik 2.minx2 lah puji yer..ehehhe..!